Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

Cerpen: Thankyou Hero!

Hidup ini bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Kalau rasa nak berjaya, peluang yang ada kita kena rebut. Tapi, satu je. Jangan main kotor. Bila main kotor, kejayaan tu tak akan lama. Dan kita kena bermula balik dari awal.
----------
Hi semua. Nama aku Naila Asha. Ini cerita merupakan kisah sebuah aku, yang sedang berjuang untuk hidup di dalam dunia hiburan yang luas ini bersama seorang manager yang banyak membantu aku iaitu Bazli Lee. Aku terlibat dalam dunia hiburan ini atas bantuan Lee. Dialah orang pertama yang mengajak aku untuk bekerjasama.
"Ila, job semua pelakon tambahan je. Memang tak ada yang gah gah. Tapi kalau awak nak yang gah, awak kena tolong saya. Malam nanti ikut saya. Boleh?"
Biasalah hidup sebagai actress baru. Memang akan jadi pelakon tambahan je. Pernah satu masa tu, aku masuk dalam satu drama ni, tapi sekali je. Sebagai pekerja cafe, tolong hantar air. Sedih tu memanglah sedih. Tapi cari makan punya pasal. Kerja apa pun aku sanggup. Pertan…

Novel - Ustaz Cool I Love You! 1

Prolog.........
(ASFAR KHASFI)
Adoila perempuan ni. Nak pakai seksi seksi pun, janganlah lalu depan aku. Walaupun dia orang tu semua panggil aku Ustaz, aku ni tetap manusia biasa. Lelaki lagi. Maunya aku tak tergoda. Ataghfirullah al-Azim. Cepatlah jalan wahai cik adik manis. Ya Allah, ampunkan aku kerana sudah melihat aurat wanita yang bisa menjadi seorang bidadari ini Ya Allah. Hambamu ini hanya manusia biasa.
(BETTY MAIRA)
Hekleh mamat ni. Perasan alim lah pulak. Tengok gaya, takde pulak macam pak ustaz. Tadi punyalah dia tenung aku atas bawah. Ni, tutup muka pulak dengan buku tu. Nak cover pun tak agak. Orang gila kot agaknya. Baca buku terbalik. Kalau aku goda dia, agak agak apa reaksi dia ek? Hmm, showtime!
"Youuuuu, buku you terbaliklah. Ahahaha, lawaklah you ni. You tunggu siapa kat sini?" Itu dia. Bila Betty masuk line, tak ada siapa yang tolak tau. Haha, aura gedik tu mesti dikeluarkan okay! Nampaknya mamat ni macam menggigil je. Cantik sangat ke aku ni? Or someth…

Cerpen - Salam Cinta? Mungkinkah aku terima?

Kapal terbang yang bakal mendarat tidak lama lagi mendebarkan aku. Tiba tiba perasaan ini berkecamuk kembali. Bagaimana andai aku masih tidak dapat menerima takdir itu? Takdir yang membawa seorang aku jauh dari bumi Malaysia bagi mencari ketenangan. Kenangan setahun lalu tentang aku dan dia. Dia yang memberi salam cinta.
Abah, Angah, aku merindukan kalian. Abah, seseorang yang mengajar seorang aku erti kehidupan. Angah, seseorang yang sentiasa memberi nasihat disaat aku memerlukannya dan seseorang yang berkongsi rasa sedih bersamaku atas kematian mak dan along. Aku. Aku yang bernama Arya Khalisah Binti Amran kini kembali berdiri di bumi nyata.
--------
"Lisa, nanti pukul 4 tolong Angah cari baju untuk office punya annual dinner esok malam, boleh?" Ahh, ada ada sahaja Aniq Khuzair ini! Bukannya dia tidak tahu aku sedang banyak kerja. Tetapi, kalau nak dibandingkan dengan pertolongan angah selama ini, tidak mampu untuk aku membayarnya. Aku hanya mampu mengangguk. Angah kembal…

Introduction Maybe?

Hi cinta.
Blog ini bakal dijadikan sebagai sebuah cerpen atau novel online yang dikarang oleh saya sendiri. Karya seorang hamba Allah yang tidak sehebat mana. Masih berpijak di bumi nyata. Saya memang mempunyai sedikit kemahiran di dalam bidang sastera tetapi masih belum mempunyai kekuatan untuk menunjukkannya di khalayak ramai. Sekadar menjadi tatapan sahabat handai. Berharap tiada halangan daripada para pengunjung.
Hm, err okayy. Any suggestions? Hoping for a great feedback from you guys. Saya akan mulakan sebuah cerpen sebagai pembuka bicara okay? I'll post it later as i am too busy right now. See ya!
XOXO,Natiqah