Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Novel - Ustaz Cool, I Love You! 1

(BETTY MAIRA)
Baguslah. Sekarang semua orang nak kongkong life aku. I'm an independent woman lah. Kenapa semua orang ingat aku ni lemah sangat? Mungkin dulu ya. But not this time. Aku dah ambil pengajaran betul betul apa yang dah jadi kat Laila dan Marsha dulu. Lelaki semua sama.

Laila, sahabat yang aku paling sayang, orang yang paling setia di duakan suami sendiri. Aku tak faham, apa kurangnya Laila. Dia seorang wanita yang penyabar. Sentiasa ikut telunjuk suami walaupun suami dia tu dah main kayu tiga belakang dia. Tapi sekarang aku gembira yang Laila dah bebas dari suami dia. Lagipun, memang dari dulu lagi aku tak setuju dengan perkahwinan mereka. Hmm, kesian Laila.

Marsha. Betty Marsha. Adik kembar yang aku paling sayang mati sebab tunang sendiri. Punca? Sama. Tunang dia main kayu tiga. Kebetulan kami terserempak tunang Marsha dengan perempuan lain dekat parking lot shopping complex. Marsha yang tak sanggup nak tengok mereka lari ke arah lain dan dilanggar oleh sebuah kereta …