Skip to main content

Takdir Kita.

"Walau sedekat mana pun kau dan aku, takdir belum tentu memihak pada kita." - Dika

"Bukan aku tak pernah mencuba, tapi kau yang pergi sebelum sempat semuanya terungkai." - Nina

****

Rindu. Kenapa perasaan rindu tu boleh wujud? Orang cakap, kalau tengah malam macam ni, kita rindu dia, maksudnya dia tengah mimpikan kita. Betul ke? Ke aku yang pandai pandai buat ayat putar belit sendiri? Nina dah mengelamun jauh. Jam di dinding di perhatikan. 2.50 pagi. Dika dah tidur ke?

Lagu Lucky berkumandang dengan tiba tiba. Tangan mencapai Z10 di atas nightstand. Nama Dika tertera di skrin. Macam tahu je Amna fikir pasal dia. Laju Nina slide button answer.

"Assalammualaikum. Tak tidur lagi?" Nina pandang telefon pelik. Apa punya soalan ni. Serious ni Dika.

"Wa'alaikumusalam. Kalau tidur, saya tak angkat call awak ni. Nak apa?" Nina jawab style kerek dia.

"Okay sorry. Hm, saya rasa macam awak rindu saya." Orang sebelah sana tarik senyum.

Nina berjeda beberapa minit sebelum sambung. "Bukan awak yang rindu saya?" Nina tahan gelak. Tapi Dika tak tahan dah. Hamburkan gelak juga. Tak tahu di mana yang kelakar.

"Awak ni memang tak nak mengalah kan. Bila nak tidur ni sayang?" Sengaja uji perasaan Nina pagi pagi buta. Nina tak suka dipanggil sayang. Lebih lebih lagi dari dia.

"Awak kalau tak ada apa apa saya tidur dulu. Bye." Nina putuskan talian. Dika saje nak uji dia. Dia tak suka Dika panggil dia sayang. Rasa macam ada satu kesalahan besar. Dika di sebelah sana mengeluh. Tahu dia dah silap percaturan. Hati Nina bukan mainan. Nina tak pernah beri peluang. Haipp. Emo pulak.

****

Hari minggu macam ni memang elok untuk release tension. Awal pagi lagi dia dah keluar berjogging. Bukan jauh mana pun, dekat taman belakang aje. Dekat sikit dengan rumah. Taman belakang tu aman damai. Sunyi sikit dari hiruk pikuk. Lagipun taman belakang tu well-guarded. Tak ada siapa boleh datang ceroboh.

Earphone di telinga buat Nina tak hirau dengan kawasan sekeliling. Dah penat round taman sampai 5 kali, baru dia terfikir nak duduk dekat bangku di tepi jalan. Botol air di armband di ambil. Masih belum ada niat nak switch off playlist. Tengah sedap dia meneguk air. Ada satu lembaga duduk sebelah dia. Mulanya dia ingat ada manusia tumpang duduk, sekali bila di toleh. Tersembur kena orang sebelah.

"Oh shit! Takkan terkejut sampai dengan saya awak nak sembur Nina?" Dika. Dika selalu buat perangai tak bertamadun dia. Hati yang mulanya tenang kini mula berubah rentak. Dia tak suka perasaan itu bila dekat dengan Dika. Dia kena lari. Botol air di tinggal, Nina meneruskan lariannya. Niat nak lalu jalan biasa terbantut bila Dika turut mengkorinya dari belakang. Siap angkut botol air sekali.

Nina cilok masuk lorong satu rumah, terus lari sampai ke taman depan. Bila dia yakin Dika dah tak ada, terus dia berhenti berlari. Nina jalan elok elok masuk lorong taman perumahan dia, baru je nak rasa selamat. Tengok-tengok Dika dah bersandar di but kereta depan rumah Nina sambil tengok dia jalan.

"Awak ni sungguhla juara marathon dulu kan?" Nina tak dengar soalan Dika. Maklum, earphone masih terlekat di telinga walaupun dah berlari macam nak gila.

"Nina, awak memang tak nak sedar kewujudan saya ke?" Nina pandang pelik lagi. Dika tengah buat game apa ni? Teka bunyi ke? Masalahnya tak ada suara langsung. Bibir macam tengah cakap.

"Nina, awak memang betul benci saya ke? Kenapa buat muka macam tu? Awak faham tak saya cakap apa ni? Ke awak ingat saya hantu? Eh? Laa, earphone!" Dika tayang muka geram. Berialah dia cakap seorang, ingatkan Nina tak nak dia lagi. Rupanya. Dika tarik senyum.

Nina yang pelik tadi jadi semakin pelik. Kenapa Dika ni. Tadi macam cakap, lepastu macam geram, ni senyum. Nina confuse. Lagu di playlist sudah bertukar. Lucky! Her favourite jam. Dan barulah Nina sedar rupanya earphone dia masih di telinga. Segera ditanggalkan, sebelum pak cik depan dia ni telan.

"Err, hai!" Nina tarik senyum semanis mungkin. Nak keluar dari situasi hambar. Dia cuba untuk berlagak selamba. Tapi Dika dah kenal dia lama. Dah 10 tahun. Dika bukan budak kecil lagi.

"Nina, perlu ke awak lari dari saya? Sebab malam tadi kan? Okay sorry. Saya main main je. Kan awak cakap you never see me as a man kan? Kenapa perlu lari?" Dika cuba confront Nina. Kena cakap elok elok. Nina ada perasaan.

"Awak, saya tak nak cakap pasal tu. Err, jom masuk, mesti Umi dah buat breakfast saya lapar." Nina tinggalkan Dika di tengah jalan, tak apa dia reti masuk sendiri. Bukannya tak pernah datang. Dika di jalan hampa. Kenapa awak perlu trauma pasal tu Nina?

****

Selesai bersarapan, Umi berbual dengan Dika. Maklum, dia dah lama tak datang ke sini. Nina yang sudah selesai mandi dan bersiap turun ke ruang tamu. Amboi Umi. Kalau jumpa Dika, haruslah Nina dilupakan. Nina datang dan duduk di sebelah Dika. Sebab nak duduk sebelah Umi, dia duduk dekat single sit. Terpaksa duduk sebelah Dika sebab boleh tengok tv.

Umi dengan Dika jeling jeling dia. Lepastu ketawa berdua. Tak tahu dimana yang lawak. Kali ke tiga Dika jeling. Nina cubit pinggang dia. Peduli apa. Lepastu Umi bantai gelak. Apa yang kelakar sangat ni.

"Sakitlah. Mulalah tu sepit ketam dia. Umi tengok anak manja kesayangan Umi ni. Dok cubit cubit orang." Dika tayang muka kasihan. Saja nak Umi bela dia.

"Nina. Apa nakal sangat tangan ni. Haih kamu berdua ni, kalau dah kahwin nanti apalah agaknya jadi. Benda kecil pun boleh jadi besar. Kenapa Nina?" Umi dah keluar suara ustazah nak bagi ceramah. Nina angkat tangan surrender awal awal. Tak suka topik kahwin di bangkitkan. Dika dah tarik senyum kerek. Nak cakap dia menang lah kononnya. Umi geleng kepala. Mereka dah besar, cukup sekali di tegur, tahu mana baik buruk. Asal tak jatuhkan maruah dia sudah.

Nina bangkit dari kerusi menuju ke gazebo di luar rumah. Dika turut bangun meminta diri dan mengekori Nina dari belakang. Nina. Kenapa banyak banyak perempuan, Nina juga yang Dika mahu? Nina punya daya tarikan yang perempuan lain tiada. Nina seorang yang boleh buat begitu pada Dika. Tapi Dika? Nina tak pernah beri peluang. Walau sekali.

"Awak tahu, saya betul betul nak suruh Mak pinangkan awak untuk saya. Saya tak tahu kenapa, tapi saya juga tahu awak tak mungkin akan terima saya." Dika mula ayat uji perasaan. Saja nak pancing Nina.

"Dika, awak tahu saya memang tak boleh terima sesiapa kan. Saya lebih rela begini." Nina bukan terpancing tapi dia nak selesaikan semuanya.

"Sebab peristiwa tu? Nina, saya tak pernah kisah. Awak tahu saya sayang awak. Selama 10 tahun ni, awak pernah nampak saya curangi friendship kita? Ini kisah hidup kita Nina." Dika tayang muka sedih. Sedih diperlakukan begitu. Dia juga punya perasaan. Dia nak fight untuk mereka berdua.

"It has never been 'us', hanya 'saya' dan 'awak' je. Kita tak pernah ada kisah. Maaf Dika. Tapi, saya ada terjumpa dia kelmarin. He said sorry and he............"

"Dia nak apa?! Cakap ajelah awak memang mengharap pada dia kan? After all this bullshit you tell me, now awak nak pergi pada dia? Sekarang ni saya terfikir, masa tu, betul ke awak dianiaya atau awak rela. Sebab saya tahu awak pun suka dia dulu. Sorry, but i have to go now." Dika tak boleh tahan lagi. Kenapa wujud dia setiap kali nak selesaikan masalah? Dika fed up. Rasa cemburunya memuncak. Dika memang kena relakan segalanya. Nina patut kembali pada yang berhak.

Dika masuk kereta dan hidupkan engine. Panggilan Nina padanya langsung tak di hirau. Dika tinggalkan perkarangan rumah Nina dengan segera. "Dika! You couldn't do this to me!" Dan Nina tidak lagi melihat dunia nyata.

****

Silauan cahaya mengganggu fokus mata Nina. Denyutan di kepala membuatkan dia semakin sukar untuk melihat sekeliling. Putih. Itu apa yang dilihat. Kosong. Itu yang dia rasakan. Ayat pertama yang keluar dari mulut ialah "Umi."

Umi yang terlelap di kerusi tersedar. Dahi dan kedua belah pipi Nina dikucup perlahan. Rindu si ibu terhadap anak yang tidak sedarkan diri selama seharian terubat. Pantas Umi membantu Nina duduk. Ketukan di pintu di biarkan. Adam atau lebih dikenali sebagai Dr. Adam masuk bersama laporan di tangan.

"Assalammualaikum Umi. Nina dah sedar?" Adam tarik senyum. Umi menjawab salam. Lega apabila si idaman hati sudah sedar. Seharian memikirkan keadaan Nina buat dia tak tenang. Nina gadis yang baik. Gadis ini juga yang digilai suatu ketika dahulu. Deheman Nina buat Adam tersedar dari lamunan.

"Umi, camne Nina boleh di sini? Rasa macam tengah er lambai Dika balik je." Nina cuba untuk meng-cover dirinya daripada diketahui Umi.

"Masa kamu hantar Dika balik tu, er Umi dengar ada orang menjerit, Umi keluar, tengok tengok Nina dah elok baring depan pagar tu. Kebetulan Adam datang rumah, dia lah bawa kita ke sini." Umi juga cuba untuk tidak menceritakan perkara sebenar. Dia tahu apa yang terjadi antara anaknya dan Dika. Demi menjaga air muka Nina, dia diamkan sahaja.

"Nina stress sangat, sebab tu Nina warded. Air dalam badan pun kurang. I think you were dehydrated, sebab Umi kata awak baru lepas jogging." Nina dan Umi sama mengangguk. Suasana hambar makin terasa.

Umi meminta diri untuk keluar sebentar. Adam dan Nina bertentangan mata. Selang beberapa minit, dia berdehem dan kembali meneruskan semakan laporan yang tergendala. Suasana hambar yang dirasakan menggamit luka di hati Nina. Dia hanya mendiamkan diri dan merelakan sahaja Adam menjalankan tugasnya sebagai Doktor.

****

Sudah sebulan kejadian itu berlalu, Nina masih tak bercakap dengan Dika. Dika pun hilang tanpa jejak. Bukan dia tak pernah cuba untuk hubungi Dika, tetapi ada sesuatu yang melarang dia berbuat begitu. Sudahnya, bangun je dari tidur, dia nampak sekeping sampul surat di atas meja. Terus sahaja Nina bangun dan ambil surat tersebut. Melihat kad undangan perkahwinan yang tertera nama Dika membuatkan dia jatuh terduduk. 

Tak guna meratap. Sebab Dika memang bukan milik dia. Segera Z10 di capai, di dail nombor Dika. Kali pertama tidak dijawab. Masuk kali kedua juga tidak dijawab. Sudahnya kali ketiga baru dijawab. Itupun, adik Dika si Juna yang menjawab. Tahu yang amat susah untuk dia bercakap dengan Dika, di tinggalnya pesan kepada Juna yang dia tuggu di tempat biasa. Pandailah Juna.

****

"Ada apa nak jumpa saya?" Dika datang dengan tiba tiba. Nina tarik nafas dalam dalam. Terkejut. Cuba dikawal riak. Cincin di jari Dika diperhatikan.

"Er, maaf kalau saya kacau awak. Saya nak bincang pasal kita." Nina kawal intonasi supaya tak janggal.

"Kita? Us? Huh, bukan awak kata tak ada 'us' ke antara kita? Why tiba tiba?" Dika acuh tak acuh. Nina gigit bibir tahu salah punca dari dia.

"Okay sorry. Saya nak mintak maaf kalau awak terasa dengan saya. Saya mintak halalkan semua yang kita kongsi bersama, sebab saya dah tak sanggup tanggung beban ni." Saya terluka Dika.

"Tak mengapa sebab saya memang tak pernah simpan. Saya bukan pengungkit." Susah ke nak mengaku kau suka aku Nina? Dika tarik senyum tipis.

"Saya dengar awak dah nak kahwin. Dengan Aifa kan? Tak sangka korang berjodoh. Ingat lagi macam mana korang benci satu sama lain dulu. Siapa sangka kerja Allah kan? Cantik cincin." Ye, itu maksudnya aku pun kena redha. Allah yang menentukan hidup setiap hambanya. Aku harus lepaskan Dika.

"Betul lah tu. Ibu Aifa kawan Mak. Ya, betul. Semuanya kerja Allah untuk menentukan pasangan hidup manusia. Saya kena ikhlas." Saya ikhlas lepaskan awak Nina. Mungkin awak tak pernah cintakan saya tapi saya akan simpan rasa cinta saya untuk awak dalam hati saya. Itu kenangan yang saya ada dengan awak.

"Semoga berbahagia Dika. Saya kena balik ni. Assalammualaikum." Biar. Biarkan sahaja semua ini. Aku tidak pernah memulakan apa-apa tentang perasaan, jadi biarlah ianya berakhir sendiri tanpa aku yang mengakhirinya. Nina juga akan simpan perasaan ini Dika.

"Semoga awak berbahagia juga!" Semoga kau berbahagia dengan Adam. Aku tahu dia boleh jaga kau untuk aku Nina. Cuma dulu tu, aku yang terabaikan kau dan dia. Aku yang salah. I do love you.

Nina dan Dika dah capai kata sepakat. Masing masing melepaskan segala bebanan. Mungkin benar. Itu bukan jodoh mereka. Takdir Nina bukan untuk Dika dan takdir Dika bukan untuk Nina. Cinta tak semestinya memiliki. Takdir Dika dengan Aifa. Aifa yang sopan dan cantik. Mungkin takdir Nina untuk Adam. Adam si pencuri sejak sekian lama. Ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.

****

Hai! Maaf sangat lama tak update. Cerita ni maybe agak rush. Dan mungkin olahan isi langsung tak ada point. Banyak benda yang tidak terungkai sebab aku tak rasa nak rungkaikan kisah yang bakal menjadi suka duka kehidupan. Biarlah kisah Nina berlalu. Hidup perlu diteruskan. xoxo!

Comments